Kebaikan dan kelemahan Transmisi_boleh_laras_berterusan

Kebaikan

  • CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
  • CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear.
  • Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
  • Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.
  • Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana transmisi automatik konvensional, kecuali pada kereta.

Kelemahan

  • Kebanyakan kereta CVT terawal mempunyai prestasi mengecewakan. Model Ford Fiesta 1.1 CTX asal misalnya, menggunakan 8.2 peratus lebih petrol daripada versi transmisi manual dalam pemanduan bandar.[1]
  • CVT beroperasi dengan lancar, menyebabkan muncul persepsi kononnya kenderaan CVT kurang berkuasa, kerana ramai pemandu yang menjangkakan berlaku kejutan gear semasa mula bergerak. Walau bagaimanapun, "kejutan gear" boleh ditiru oleh perisian kawalan CVT pada sesetengah kereta CVT yang lebih canggih.
  • Oleh kerana CVT mengekalkan kelajuan enjin malar pada satu banjaran kelajuan kenderaan, menekan injak pemecut memang melajukan kenderaan tetapi tidak banyak mengubah bunyi enjin. Sekali lagi, ia mengakibatkan tanggapan kekurangan kuasa pada kenderaan CVT kerana berlaku kekeliruan pada sesetengah pemandu.
  • Keupayaan CVT untuk mengendalikan kilasan dihadkan oleh kekuatan bahan medium transmisi (biasanya tali sawat atau rantai), serta keupayaannya untuk menampung kehausan akibat geseran di antara sumber kilasan dengan medium transmisi (dalam CVT pacuan geseran). CVT keluaran sebelum tahun 2005 yang rata-ratanya jenis pacuan rantai atau tali sawat hanya terhad kepada skuter, kereta berkuasa rendah serta mesin-mesin berkuasa rendah yang lain. Unit yang menggunakan pelincir lebih maju, walau bagaimanapun, terbukti mampu menampung apa jua jumlah kilasan pada kenderaan pengeluaran, termasuklah bas, lori dan jentera berat.
  • Sebagai mana jenis transmisi automatik yang lain, ia mungkin ditolak di sesetengah kawasan, berikutan kos atau tradisi, terutamanya melibatkan pasaran kereta kecil di Eropah (terutamanya di Itali). Sebaliknya, kereta transmisi automatik mendominasi pasaran kenderaan di AS dan Jepun dalam semua kelas dan saiz.